SINOPSIS
1. Cinta Gila
Nurislam...indah namanya sesempurna ciptaan tuhan. Namun sikap dan jiwanya keras menjadikan dia seperti lelaki. Akhirnya terjerat dengsn cints songsang dalam meniti arus remaja. Dia tidak peduli jika ada yang sakit hati. Dia tidak kisah jika ada yang sakit mata. Itulah dunianya. Kehadiran seorang lelaki yang dianggap pengganggu pantas sahaja membuat hidupnya kacau. Dialah abang angkat, musuh ketat dan merangkap suami yang dinikahi tanpa sengaja.
Sifat Nurislam yang tidak seperti wanita lain menyebabkan dia terus terusan jadi hinaan Irham. Hidupnya kacau semenjak dia mengenali lelaki yang berlagak macho itu. Pernikahan yang secara tidak sengaja mengundang penyesalan yang amat sangat di hati Nurislam.
"Kalaulah aku tahu kau yang jadi laki aku, tak hingin aku nak kahwin dengan kau! Kaulah orang yang paling aku benci dekat atas dunia ni!" marah Nurislam.
"Habis, kau ingat aku terdesak sangatlah nak kahwin dengan kau? Sedarlah diri kau tu sikit. Rasanya tak perlulah aku cakap ku tu siapa. Kau sendiri pun tahu. Dengar sini baik-baik. Kalau tak disebabkan ayah aku yang paksa aku buat semua ni, mati hidup semula pun belum tentu aku nak kahwin dengan kau!"
Ada saja hujah lelaki itu untuk menyakitkan hatinya. Dalam keadaan keliru begitu, muncul Asyraf Hakimi cuba menawan hati Nurislam yang berhati batu itu. Sikap Asyraf yang merendah diri jauh berbeza dengan Irham. Sungguh!
"Bagilah peluang pada saya. Pandanglah ke arah saya sekali. Jangan anggap saya seperti tidak wujud. Tolong jangan layan saya begini!"
Keadaan jadi lebih gila bila Irham pula cuba mencuri perhatian Asyraf yang jelas tidak berminat dengan gay sepertinya. Dua lelaki itu akhirnya membawa Nurislam kepada persoalan misteri yang begitu sukar untuk dirungkai.
Dalam kealpaannya, seorang sahabat meninggal dunia kerana kemalangan tragis. Diari sahabatnya yang ditemui mengembalikan Nurislam pada landasan yang sebenar. Dia benci dengan takdir hidupnya. Namun, terlalu indah percaturan Tuhan untuk dipersoalkan.
Kini, dia semakin pasti gerak hatinya benar walaupun sesuatu itu tidak semestinya terjadi seperti apa yang kita inginkan. Pergilah cinta gila, pergilah buat selamanya...
PENULIS
DYA VANILLA
TERBITAN
SR PUBLICATION
SR PUBLICATION
HALAMAN
595 M/S
HARGA ASAL
RM 24.90
HARGA JUAL
RM 18.00
(TERMASUK POS)
2. Cinta Perigi dan Timba
Misi yang harus dilaksanakan bermula di saat ini iaitu misi mengurat anak teruna Tan Sri Badrul Syah alias bakal suami Khalisa Basyirah binti Haji Sidek tiga bulan akan datang. Bunyinya agak kelakar kerana bukan dia yang dipikat, tetapi dia yang perlu mengeluarkan segala ayat-ayat memikat dan kemahiran serta aset yang ada dalam dirinya untuk mengikat hati lelaki yang bernama Naim Shauqi. Kedengaran seperti perigi mencari timba? Apa salahnya perigi mencari timba? Bukankah wanita itu juga boleh memilih lelaki yang disukainya untuk dijadikan suami?Bukankah hak wanita dalam Islam sama sahaja dengan hak seorang lelaki?
PENULIS
SHIMA ROSTAM
TERBITAN
NB KARA
NB KARA
HALAMAN
536 M/S
HARGA ASAL
RM 21.90
HARGA JUAL
RM 15.00
(TERMASUK POS)
3. Sayang Sekelip Mata
Safa menyesal menerima tawaran kerja barunya. Nak ditolak,sudah terlambat. Dia enggan merempat dan menganggur lebih lama lagi. Lebih parah apabila dia berdepan dengan Maliki yang dibencinya ketika melaporkan diri.
"Safa, boleh tak awak panggil saya encik?"
"Tapi encik kan anak majikan saya? Jadi, saya rasa lebih sesuai kalau saya panggil Encik Maliki."
Hati Maliki tercabar kerana dilayan dingin. Dia mahu mencuba nasib untuk memenangi semula hati wanita itu yang dirasakan sudah keras seperti tunggul kayu. Rasa cemburu mula membara di hatinya apabila melihat Daniel seperti mahu mendekati Safa. Mana boleh dibiarkan rakan karibnya itu memenangi hati wanita itu!
Hubungan antara Safa dan Maliki agak kompleks dan rumit. Ada rahsia lampau yang disimpan dan sukar untuk dibongkarkan. Lima tahun yang lalu, mereka berkasih sehingga sanggup menentang adat dan budaya. Namun kini, rasa cinta dan benci bercampur aduk pada masa yang sama. Mengapa Maliki tidak kenal penat mengejar sedangkan Safa ligat melarikan diri?
PENULIS
HASREEYATI RAMLI
TERBITAN
ALAF 21
ALAF 21
HALAMAN
583 M/S
HARGA ASAL
RM 23.00
HARGA JUAL
RM 16.00
(TERMASUK POS)
4. Meniti Mimpi
4. Meniti Mimpi
Novel ini mengisahkan dua orang gadis remaja yang bertemu secara kebetulan. Seorang bernama Hilda dan yang seorang lagi bernama Fauziah.
Hilda seorang gadis liar. Kedua ibu bapanya telah berpisah semasa Fauziah masih lagi merah dan dia serahkan kepada nenek Cha. Disebabkan ketandusan kasih sayang, dia hidup bebas dan bergaul dengan budak-budak nakal. Hinggakan pada suatu ketika, dia membuat hubungan dengan suami orang. Hukum hakam dalam ajaran ISlan tidak dihiraukan. Apa yang dia mahu hanyalah kepuasan hidup.
Fauziah pula seorang gadis kampung. Dia datang ke Kuala Lumpur setelah benci melihat perangai bapa tirinya. Dia hampir-hampir menjadi mangsa rogol bapa tirinya sendiri. Ibunya, Siti tidak boleh berkata apa-apa. Dia sangat setia kepada suaminya walaupun dia tahu yang perbuatan suaminya salah. Jika permintaan bapa tirinya tidak dituruti, Mak Su akan menjadi mangsa nafsu serakahnya. Fauziah tidak tahu hendak buat apa, lalu melarikan diri ke Kuala Lumpur.
Apakah yang akan terjadi kepada mereka berdua? Dapatkan mereka menyelesaikan masalah masing-masing?
PENULIS
PITTERIAH ABDULLAH
TERBITAN
ALAF 21
ALAF 21
HALAMAN
344 M/S
HARGA ASAL
RM 14.00
HARGA JUAL
RM 8.00
(TERMASUK POS)
all sold!!!!
all sold!!!!
comic yuki2 ade lagi takk ? :'-(
ReplyDelete